Kit Manipulatif Action Potential
KMAP
Rudziah Umar
Siti Nadira Nordin
Rusnizan Ibrahim
Aniza Abu Bakar
ABSTRAK
Kajian
ini adalah satu kajian tindakan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan
kefahaman pelajar tentang konsep action potential menggunakan kaedah KMAP.
Objektif kajian ini adalah supaya pelajar dapat meningkatkan penguasaan
terhadap konsep membrane potential, resting potential, depolarization,
repolarization, hyperpolarization dan seterusnya menerangkan konsep generation
of action potential dengan lebih baik. Kumpulan sasaran kajian ini adalah semua pelajar seramai 16 orang dalam
kelas D1M1T5 dan D1M3T4 sesi akademik 2014/2015, program Dua Tahun di Kolej
Matrikulasi Selangor. Kit ini terdiri daripada potongan-potongan ion yang berwarna-warni dan kad manila dengan semua komponen membran sel neuron. Para pelajar mengikuti arahan langkah-demi-langkah untuk melihat bagaimana ion bergerak dalam fasa yang berbeza semasa action potential; resting potential, depolarization, repolarization dan hyperpolarization. Peningkatan
kefahaman pelajar dilihat berdasarkan markah Ujian Pra dan Ujian Pos. Melalui ujian pra,
bilangan pelajar yang memperolehi skor markah 6 dan ke bawah adalah seramai
87.5% untuk praktikum D1M1T5 dan D1M3T4. Ini menggambarkan bahawa sebahagian besar pelajar masih lemah dalam
menguasai konsep the generation of
action potential. Selepas ujian pasca, peratusan
pelajar yang memperolehi skor markah 6 dan ke bawah semakin berkurang iaitu
seramai 25% untuk praktikum D1M1T5 dan D1M3T4. Ini menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan peratusan yang ketara di mana hampir semua pelajar dapat menguasai
konsep the generation of action potential dengan lebih baik