LATAR BELAKANG

        Tajuk action potential adalah merupakan salah satu tajuk  dalam subjek Biologi SB026 dan DB045 dan sukar difahami oleh pelajar. Pemahaman pelajar untuk menjelaskan apakah action potential dan mencapai hasil pembelajaran iaitu generation of action potential adalah lemah. Tajuk ini diajar dengan memperkenalkan konsep membrane potential, diikuti dengan resting potential dan action potential.

         Dalam sesi kuliah, pelajar diperkenalkan dengan definisi  membrane potential dan keadaan di dalam dan di luar membran dengan merujuk kepada ion-ion di dalam dan di luar membran yang mewujudkan perbezaan voltage. Seterusnya nota kuliah tentang action potential dilengkapkan dengan penerangan dalam bentuk teks, graf action potential dan rajah yang menunjukkan urutan yang berlaku dalam penghasilan action potential.  Manakala di dalam waktu tutoran dan bengkel, pelajar akan diberi peluang untuk membincangkan semula konsep ini. 
            
       Mengenai keluk graf action potential pula, didapati pelajar hanya dapat mengingat fasa depolarization, repolarization dan hyperpolarization melalui hafalan. Jadi, pelajar tidak dapat menganalisis hubungkait keluk graf dengan konsep depolarization, repolarization dan hyperpolarization serta maksud action potential sebagai change in electrical potential across membrane.   Tidak ada BBM khusus yang digunakan untuk membantu pelajar memahami konsep ini. Dari situ lahirnya idea untuk mencipta Kit Manipulatif Action Potential (KMAP) yang bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep ini dengan mudah.

           KMAP atau ‘Kit Manipulatif Action Potential ini telah diubahsuai daripada  Action potential Neurone Manipulative Kit daripada www.sciencekit.com.  Walaubagaimanapun KMAP telah melalui beberapa inovasi iaitu penambahan jumlah sodium gated channel, anion-anion, keluk graf action potential dan label-label yang berkaitan untuk disesuaikan dengan silibus biologi program matrikulasi.




KMAP yang telah diubahsuai

      

No comments:

Post a Comment