IMPAK

Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan, pada awalnya pelajar kurang memahami konsep action potential dimana mereka tidak dapat membayangkan keadaan sebenar ion-ion yang merentasi membran sewaktu fasa (event) itu berlaku.  Walaubagaimanapun daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan KMAP telah menunjukkan keberkesanan dalam membantu menyelesaikan masalah pelajar untuk mengusai dan meningkatkan keupayaan pelajar bagi menerangkan konsep the generation of action potential. Pelajar didapati telah dapat menghurai fasa-fasa yang berlaku semasa the generation of action potential seperti resting potential, depolarization, hyperpolarization dan repolarization mengikut turutan dan konsep yang betul. Selain itu kaedah ini juga berjaya meningkatkan markah atau skor pelajar dan secara tidak langsung kaedah ini juga banyak membantu pelajar kategori lemah dan sederhana yang biasanya sukar untuk mengingati konsep yang sukar.   

         Keberkesanan KMAP dapat dilihat daripada kajian yang dijalankan terhadap dua kumpulan praktikum iaitu PDT Semester III (ambilan 2013/2014) iaitu D1M1T5 dan D1M3T4.  Melalui ujian pra, bilangan pelajar yang memperolehi skor markah 6 dan ke bawah adalah seramai 87.5% untuk kedua-dua praktikum.  Ini menggambarkan bahawa sebahagian besar pelajar masih lemah dalam menguasai konsep the generation of action potential.  Berdasarkan penilitian yang kami lihat terhadap jawapan pelajar dalam ujian pra, kami dapat mengenalpasti aspek kelemahan pelajar dalam penguasaan pelajar terhadap konsep membrane potential, resting potential, depolarization, hyperpolarization dan repolarization.  Para pelajar keliru dengan setiap konsep yang ada.  Hal ini menyebabkan para pelajar telah memilih jawapan yang salah semasa ujian pra dijalankan.  Selain itu para pelajar mengalami masalah utk mengenalpasti fasa-fasa yang terdapat di dalam keluk graf the generation of action potential seperti membrane potential, depolarization, hyperpolarization dan depolarization.  Keadaan ini juga turut menyebabkan pelajar telah silap memilih pilihan jawapan dalam soalan objektif dan menyumbang kepada skor markah yang rendah. 

Selepas ujian pasca, peratusan pelajar yang memperolehi skor markah 6 dan ke bawah semakin berkurang iaitu seramai 25% untuk kedua-dua praktikum. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan peratusan yang ketara di mana hampir semua pelajar dapat menguasai konsep the generation of action potential dengan lebih baik setelah KMAP dilaksanakan di dalam kelas, selain dapat memberi gambaran jelas cara menghuraikan fasa-fasa yang berlaku semasa the generation of action potential.  Di samping itu, melalui kaedah KMAP ini, ia dapat membantu para pelajar untuk menjana idea dalam menghuraikan fasa-fasa yang terlibat semasa the generation of action potential seperti resting potential, depolarization, hyperpolarization dan repolarization dengan lebih tepat.


Taburan Markah Pelajar untuk Praktikum D1M1T5 Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Skor

Ujian Pra

Ujian Pasca

Perubahan

Bil

%

Bil

%

 

10
0
0
2
25.0
+25
9
0
0
1
12.5
+12.5
8
0
0
1
12.5
+12.5
7
1
12.5
2
25.0
+12.5
6
0
0
1
12.5
+12.5
5
4
50.0
1
12.5
-37.5
4
2
25.0
0
0
-25
3
1
12.5
0
0
-12.5
2
0
0
0
0
-
1
0
0
0
0
-


Taburan Markah Pelajar untuk Praktikum D1M3T4 Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Skor

Ujian Pra

Ujian Pasca

Perubahan

Bil

%

Bil

%

 

10
0
0
0
0
-
9
0
0
1
12.5
+12.5
8
1
12.5
3
37.5
+25
7
0
0
2
25.0
+25
6
1
12.5
0
0
-12.5
5
1
12.5
1
12.5
0
4
4
50.0
1
12.5
-37.5
3
1
12.5
0
0
-12.5-
2
0
0
0
0
-
1
0
0
0
0
-

No comments:

Post a Comment