KESIMPULAN

      PdP yang mengaplikasi  ‘KMAP’ banyak membantu pelajar kategori lemah dan sederhana yang biasanya sukar memahami dan mengingati konsep action potential. Kaedah ini  mengubah cara pembelajaran pelajar dengan mendedahkan mereka belajar secara hands on dimana mereka boleh menggerakkan sendiri ion-ion merentasi membran mengikut pemahaman teori yang dipelajari.  Ia boleh menjimatkan masa yang diambil oleh pelajar untuk memahami topik ini.

       Penggunaan  ‘KMAP’ ini sesuai digunakan sama ada di dalam kuliah, tutorial mahupun semasa bengkel di dalam makmal.  Penambahbaikkan boleh diadakan dengan memberi arahan kepada pelajar untuk membina sendiri model action potential yang lebih kreatif dan mudah difahami oleh mereka. Memandangkan topik ini adalah antara soalan yang popular dalam soalan esei, dicadangkan aktiviti susulan untuk pelajar adalah menjawab soalan esei tentang action potential. Ini bagi memastikan mereka betul-betul faham tentang konsep dan peristiwa yang berlaku pada setiap fasa dengan terperinci. 

No comments:

Post a Comment